KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – Bagi menghargai jasa pasukan polis yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika, McDonald’s Malaysia telah mendedikasikan bulan Mac ini bagi menyantuni lebih dari 17,000 anggota polis dari balai-balai polis berdekatan dengan 320 buah restoran McDonald’s di seluruh negara. Bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-215, McDonald’s telah hadir menceriakan sambutan Hari Polis pada hari ini dengan menyajikan hidangan McDonald’s di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Alor Setar, Kedah, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuantan, Pahang, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu, Sabah.
“Anggota Polis adalah antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara pada setiap masa. Ini merupakan salah satu cara bagi kami menghargai komitmen dan dedikasi mereka demi keamanan negara dan masyarakat khususnya, pada hari yang istimewa dan bermakna buat mereka,” kata Dato’ Azmir Bin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.